info

klik pada gambar untuk lihat dengan lebih jelas yee..

Rabu, 3 Ogos 2011

SOLAT SUNAT DUHA

WAKTU2 AFDAL MENGERJAKANNYA
Bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau  kira-kira dua meter tingginya.Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur.Jadi, dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini adalah di antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.


CARA2 MELAKSANAKANNYA
Solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, bilangan rakaat pula adalah mengikut kemampuan. Bila masa terhad boleh dilakukan dengan 2 rakaat dan bila waktu kesenangan boleh dilakukan dengan dua-dua rakaat sehingga 4, 6 atau 8 rakaat dan boleh sehingga 12 rakaat


NIATNYA IALAH:

"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"



Kepada orang yang tidak menghafal surah-surah yang disarankan iaitu surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. Bacaan solat boleh dibaca apa-apa surah yang penting niat kita adalah IKHLAS untuk Allah SWT, bukan kerana berkehendakkan harta dan rezeki yang banyak tetapi salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah.....
Pada rakaat pertama bacalah ayat kursi kerana terdapat pelbagai keistimewaanya...Pada rakaat kedua pula bacalah ayat al-ikhlas....


SELEPAS SOLAT, ELOKLAH BACA TASBIH INI SEBANYAK 10 KALI:
سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ وَلَا حَوْلَ  وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَلِيُّ الْعَظِيمِ عَدَدَ خَلَقِ اللَّهِ وَبِدَوَامِ مُلُكِ اللهِ


BERDOA
Untuk berdoa...doa lah mana2 doa yang sesuai..tetapi lebih afdhal jika membaca doa solat duha yg dikhusukan mengenainya



Baca doa ini selesai solat

Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu  DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika  di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.




Selasa, 2 Ogos 2011

SOLAT TARAWIH & SOLAT WITIR

SOLAT TARAWIH
Tarawih ertinya beristirehat. Ia dikerjakan selepas solat isyak sehingga menjelang fajar. Solat Tarawih ini hanya dilakukan pada bulan ramadhan dan boleh dilakukan sama ada secara individu atau secara berjamaah. Bilangan rakaat yang dilakukan biasanya 8 rakaat dengan 3 witir             
NIAT
أُصَلِّي سُنَّةَ التَّرَاوِيْحِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى
Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat Terawih 2 rakaat kerana Allah Taala.
SOLAT WITIR
Jumlah rakaat bagi witir ialah ganjil.Solat witir dikerjakan sebanyak 3 , 5 , 7 ,9 dan 11 rakaat .Bagi yang mengerjakan solat witir 3 rakaat , hendaklah ia tidak duduk (tahiyyat awal) kecuali pada rakaat yang akhir. Iaitu membaca tasyahhud akhir dan salam. Paling sedikit 1 rakaat dan yang paling banyak11 rakaat. Waktu untuk mengerjakan solat ini ialah selepas solat isyak sehingga terbit fajar.
NIAT
أُصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكْعَتَيْنِ/ رَكْعَةً لِلَّهِ تَعَالَى
Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat Witir 2 rakaat kerana allah taala

Perkara2 yang kita curiga sewaktu berpuasa

  •  Keluar air mani tanpa setubuh dan air  mazi
Keluar air mani kerana bermimpi di siang hari Ramadhan atau kerana sakit tertentu. Sepakat ulama menyatakan ia tidak membatalkan puasa.
  • Menelan air liur dan kahak
Ia tidak membatalkan puasa disebabkan terlalu sukarnya untukmenjaga hal seperti ini. Manakala Kahak yang selagi ia belum sampai ke anggota mulut (sebelah hadapan lidah), iaitu masih berada pada had tekak maka tidak membatalkan puasa jika ditelan.Kahak yang sampai ke mulut haram ditelan dan kebanyakan ulama menyatakan ia membatalkan puasa. 
  • Mandi
Tiada masalah untuk orang berpuasa mandi, ia tidak membatalkan puasa.
  • Berniat berbuka atau membatalkan puasa sebelum waktu.
Tindakan sebegini adalah membatalkan puasa menurut mazhab Syafie, Hanbali dan Hanafi. Cuma jika dengan segera seseorang itu kembali berniat dan membetulkan niatnya tadi, puasa tidak terbatal.
Justeru, seluruh individu berpuasa wajib menjaga niatnya agar tidak terpesong untuk membatalkannya. 
  • Wanita tamat haid
Wanita tamat haid pada waktu malam dan sempat niat pada waktu malamnya sebelum naik fajar subuh. Ia dikira sah walaupun belum mandi hadas.
  •  Berkumur-kumur dan air masuk ke rongga hidung semasa wudhu.
 Tidak membatalkan puasa, cuma jika berlebihan berkumur ulama Syafie mengatakannya terbatal. 
  • Darah keluar dari tubuh 
Tidak batal puasa kerana yang membatalkan adalah yang masuk ke tubuh melalui saluran terbuka hingga ke perut dan bukannya ‘yang keluar' dari tubuh.