info

klik pada gambar untuk lihat dengan lebih jelas yee..

Sabtu, 18 Mei 2013

KOLEJ MATRIKULASI MELAKA

Assalamualaikum...post kali ini saya hendak menceritakan serba sedikit mengenai Kolej Matrikulasi Melaka (KMM) dan pengalaman saye sepanjang berada di sana...

Firstly saya hendak ucapkan tahniah bagi mereka yang terpilih untuk menyambung pengajian di kolej ini...Sebenarnya, belajar di mana-mana pun sama asalkan jika korang ada kemahuan untuk belajar. Jika korang berminat untuk meneruskan pengajian di Kolej Matrikulasi atau pun asasi..pertama sekali metal korang sume perlu kuat...Ini kerana, program matrikulasi seperti kite semua sedia maklum ianya adalah jalan pintas untuk korang menyambung pengajian ke peringkat ijazah...

Ada dua sesi pembelajaran di kolej matrikulasi iaitu *program satu tahun(PST) iaitu mengambil masa selama 2 semester dan *program dua tahun(PDT) 4 semester -satu semester bersamaan lima bulan lebih
Kalau boleh korang di sarankan untuk terus dalam program satu tahun kerana ianya lebih cepat untuk korang sume menghabiskan pengajian kat sana.

Program matrikulasi juga menawarkan 4 modul kepada pelajar iaitu *SAINS- modul1 (Fizik, Kimia, Bio) modul2 (Fizik, Kimia, Sains Komputer) dan modul3 (Kimia, Bio, Sains Komputer), *Akaun

Hari pertama pendaftaran ada beberapa sesi untuk memudahkan mengurus pengambilan pelajar yang ramai, korang perlulah membuat semakan untuk tgk korang sesi yang mana...
Selepas selesai sesi pendaftaran, para pelajar dikehendaki masuk ke asrama yang telah di aturkan kepada para pelajar... terdapat 5 blok asrama untuk pelajar lelaki (C1,C2,C3,C4,C5(blok sayee :)) di antara semua blok lelaki blok C4 dan C5 adalah paling hampir dengan surau... :) (rajin-rajin la ke surau yee)

Manakala untuk perempuan pula terdapat 10 blok memandangkan jumlah pelajar perempuan setiap tahun lebih ramai berbanding pelajar lelaki (A1~5),dan (B1~5) whoaaaaa
Jangan terkejut dengan keadaan blokk korang yang berbatu2 itu..haha. klasik sungguh kah3..lame2 korang akan biase punye... ^^

Di KMM ada empat buah kafe iaitu kafe A,B,C dan D..kafe paling lawa sekali kafe A..hehe..kafe paling banyak makanan kafe B...kedue-due kafe terletak berdekatan dengan blog pelajar perempuan namun pelajar lelaki di benarkan makan di situ selagi jam belum menunjukkan pukul 7.00 malam...

Berbalik kepada hari pertama tadi, dalam satu bilik ada empat orang pelajar...berkenal-kenalan lah ye...ibu bapa tidak dibenarkan melawat anda setiap hari kecuali hari Sabtu dan Ahad sahaja..jadi jangan nanges la ye..haha

Minggu pertama anda akan ada sesi orientasi... agak meletihkan tetapi apa boleh buat ikutkan saje lah.. korang juga di paksa untuk bangun pagi untuk subuh berjemaah...penuh surau alhamdulillah.. :) hehe...
Minggu itu juga anda akan di masukkan kedalam kelas sementara yang di panggil sebagai LDK...anda akan bertemu dengan rakan2 baru untuk selama seminggu sahaja sebelum di berikan kelas sebenar...pada waktu ini jugalah anda boleh memohon untuk membuat pertukaran modul.

Rutin pembelajaran di sini ialah bermula dari pukul 8.00 pagi sehinggalah pukul 4.00..
Para pelajar juga perlu menyiapkan buku tutor tanpa di beritahu...senang citer sejauh mana korang punye kuliah sampai sutu  lah korang kne buat ok...memang biasenye cikgu tutor tak bagi tahu..tau2 je die org mintak dah siap..ok...
Kalau ade yang belajar2 tak paham2 jugak tuu..rajin2 la pergi naik ke unit untuk bertanya dengan pensyarah tentang apa soalan yang korang tak paham yee..jangan simpan je..lame2 terkumpul susah nnti(pengalaman pelajar lame kat sane^.~)

Sebenarnye belajar kat matrik ni tak lame pun... masa semester satu memang rase lame but bile masuk semester due rase kejap je rasenye...bile kite dah rapat dengan member2 mule lah rase sedih nk tinggalkan dieorg :')

Ni nak pesan kepade yg suke bercouple2 ni...haa..kat sini tak lame tau..nnti bile dah habis matrik ramai yg putus..nak2 yg duk jauh2 tu..huhu jadi amik laa yg dekat2 jee...sng nk jumpe.. :P

Last kali GOOD LUCK ye kepade korg yang terpilih...banyak kan usaha..solat berjemaah...dan bertawakal yee...target 4 flat untuk semester satu ni..sebab semester satu ni senang sikit dari sem due.. ^^